Shut Up & Respect!

Assalamualaikum readers. New post for today untuk awak awak semua. Yayy! No long introduction today, just a short one. So, let's go! :) 




First question, how can people sesuka hati dia je bising without fikir surrounding dia? Tidakkah mereka berfikir sejenak bahawa orang dekat sekeliling dia tu perlukan ketenangan, fokus dan yang sewaktu dengannya? Kalau korg pun yang tengah nak serious, nak focus on something, of course korg akan rasa stress bila ada orang buat bising kan dan dorg tak kisah pun pasal orang lain yang tengah buat kerja ke, tengah sakit ke apa ke. 

Kalau orang yang panas baran ni, memang kena sound dah siapa yang buat bising tu. Hoho. Nasib baik lah sis ni bukan jenis panas baran nak mengamuk je kerja haha. Tapi, orang yang banyak bersabar ni pun, jangan nak diuji kesabaran dia. Jangan korg fikir -orang yang sabar ni diam, duduk tak kata apa akan diam sampai bila-bila. Sampai masa, dorg akan burst juga, meletup. Kaboom!

Andaikata korg ni jenis yang huhahuha suka bersembang ke apa, tak salah nak bersembang tapi hormatlah orang sekeliling. Ni kalau korg bersembang bising tak kena tempat, korg sebenarnya sangat mengganggu orang lain. 

Contohnya korg ada dalam kelas. Orang lain nak study dengar lecturer mengajar, nak buat assignment, nak buat discussion ke apa, tapi apa yang dorg nak buat tu semuanya dorg tak boleh focus. Sebab apa? Sebab korg bising sangat dalam kelas huhahuha dengan tak reti cover gelaknya, dengan menyanyinya, belum kira korg buat kelas tu macam concert jerit sana sini. Tak cukup time tu, time orang lain tengah buat presentation pun korg bantai bising.

Come on, dah besar panjang kan? Please matang sikit. Tak salah nak sembang, tapi sembang macam korg sembang dengan semut lah. Jangan sampai mengganggu orang lain. Nak menyanyi? Nyanyi lah, tak salah pun asalkan bukan time lecturer tengah mengajar or time kawan-kawan korg tengah buat kerja. Learn to respect others. Dalam kelas takde istilah nerd ke apa kalau senyap. Kalau orang lain senyap, maknanya dorg nak belajar. So, if korg taknak belajar sekalipun, dah bosan, nak balik cepat ke apa lepas kelas en, tolonglah hormat orang lain yang nak belajar. Kalau korg taknak belajar, senyap jela. Elok lagi tidur, sebab tak mengganggu orang lain walaupun tidur tu salah. Tapi salah lagi kalau korg bising. 

So, antara tidur dan bising. Sis rasa sis suggest kat korg untuk tidur daripada mengganggu orang lain. Kalau taknak tidur? Eh, takde masalah lah. Mohh lerr kita belajar sekali, dapat ilmu kan? :) Lagi molek bohh hahaha.

If it is hard to do good, then leave the bad and the good life will follow.

♥ Terima Kasih Daun Keladi , Like dan Follow Kalau Sudi ♥

0 Purplelicious: