ALHAMDULILLAH - Sihat Sebelum Sakit




Assalamualaikum readers. Salam jumaat semuanya :) Terasa sikit kelainannya bila kita mula dengan bismillahirrahmanirrahim kan? Hehe. So, for today anis ada nak membebel panjang-panjang lagi. Macam biasalah hehe. Tak pernah tak panjang kan? But before anis mula nak type panjang-panjang .......




Alhamdulillah. Eh, kenapa alhamdulillah tiba-tiba? Apa salahnya kan? Mungkin harini kita terlupa nak ucap alhamdulillah, kita lupa nak berterima kasih dekat Allah atas nikmat yang Dia bagi untuk kita. So why not sambil baca, sambil kita beribadah kan? Tak banyak, sikit pun jadi lah hehe.

So untuk beberapa post kali ni dan seterusnya, anis nak sharing sharing sikit pasal 5 perkara sebelum 5 perkara. Eh, macam pernah dengar lah kan? Tapi dekat mana ye? Haa.. Of course lah pernah dengar, siap nyanyi nasyid lagi kita dulu-dulu kan? Eleh, sampai sekarang pun kalau ada je lagu tu hehe.

5 Perkara Sebelum 5 Perkara:- 
1. Sihat Sebelum Sakit   
2. Muda Sebelum Tua 
3. Kaya Sebelum Miskin 
4. Lapang Sebelum Sempit 
5. Hidup Sebelum Mati  

First point, Sihat Sebelum Sakit. Berapa ramai di antara kita yang ucap syukur atas nikmat kesihatan yang Allah bagi dekat kita? Kadang-kadang kita lupa, kesihatan kita ni pun merupakan salah satu nikmat yang paling besar yang Allah bagi dekat kita. 

Bila kita sihat, kita dapat buat macam-macam benda. Berjalan, berlari, nak panjat sana sini pun boleh kan? Tapi sekali bila Allah dah tarik nikmat sihat tu, mula lah kita sakit macam macam. Demam, batuk, selesema semua nak datang. Bila dah sakit, seri muka pun hilang. Jangan kata kan seri muka, selera makan pun hilang yooo ~

Apa yang anis cakap bebel panjang-panjang ni, untuk diri anis sendiri juga. Peringatan untuk kita bersama. Anis terasa nak bebel panjang-panjang ni pun, sebab lately ni almost 3 weeks dah rasanya, ulang-alik pergi hospital. So dekat hospital tu, dapat banyak sangat pengalaman yang anis sendiri tak pernah rasa sebelum ni.

Dekat hospital tu, standard memang kita akan nampak orang sakit lah kan. Berapa ramai orang yang sakit dekat hospital sana nak sihat, nak cepat-cepat balik. Tapi kita yang sihat walafiat ni? Amboii, kemain lagi liat nak berterima kasih dekat Pemberi nikmat ni. 

Too much to be said, kadang-kadang kita yang sihat ni pun rasa sangat sangat sangat kesian tengok keadaan mereka yang tak sihat dekat hospital tu. Ada yang menjerit sakit, ada yang tak sedarkan diri, sampai tak boleh nak makan minum cara manual dah. Minum air, susu semua pakai tiub. Saaangat kesian kalau korang tengok sendiri situasi macam tu.

So, dalam kesempatan yang kita ada ni. Why not kita berfikir sejenak dengan  kesihatan yang kita dapat ni. Ingat dan fikir balik, kita sihat ni, siapa yang bagi kalau bukan Allah. Jadinya, berterima kasihlah dekat Pencipta kita. Walaupun kadang-kadang kita leka en, so tu lah, kesimpulannya bersyukur lah dengan kesihatan kita sekarang sebab ada yang lagi derita daripada kita.

Later, dalam next post anis akan sambung point no. 2 pula okay? Stay tuned :*

If you have nothing to be grateful for, check your pulse :) 

♥ Terima Kasih Daun Keladi , Like dan Follow Kalau Sudi ♥