Think Before You Act

Assalamualaikum semuanya. Harini nak sharing sharing lagi. Macam biasa, bukan story rancak yang boleh buat korg gelak tergolek-golek. Just a simple entry. Simple simple pun still bermakna tau. Hahaha. Marilah kita cerita pasal them ni.




Siapakah them ni? Harini anis nak sembang sembang sikit pasal kawan-kawan atau dalam englishnya friends. Kawan ni tak kiralah korg rapat ke tak or maybe korg ni strangers yang on the way nak jadi member member.

Kebelakangan ni, kalau korg tengok banyak sangat kes bergaduh belasah ala-ala filem filem melayu sekarang yang asyik nak sepak terajang. Yang paling teruknya, kaum perempuan ni haa yang beria-ia gaduh mengalahkan lelaki. Lelaki pun tak teruk gitu tahu? Memang kebelakangan ni full pasal video budak perempuan belasah sepak terajang dan yang sewaktu dengannya dekat budak perempuan yang lain.

Ya Allah, bila tengok video macam tu serius rasa macam geram gila lah. Yelah, dah kenapa pula kan nak bergaduh bagai nak rak sampai macam tu sekali? Even anis masih muda, umur pun baya-baya dengan budak yang bergaduh tu, anis still tak faham apa kena lah dengan budak perempuan zaman sekarang ni. Anis kalau ye pun marah dekat someone, uishh. Gentle tak berani nak belasah gitu. Buat sakit tangan, kaki ada lah. Lepastu tambah dosa -.-

Tak sudah dalam video, ada pula yang bergaduh dekat social network. Majority dalam facebook lah. Konon-konon gaduh ajak jumpa nak  fight. Hahaha. Teringat pula zaman dulu-dulu time anis suka gaduh. Macam gini lah. Tapi Alhamdulillah, benda macam tu dah dapat dihindarkan dan kalau boleh anis taknak benda tu berlaku walau sekalipun.

Baru je tadi, anis online facebook. Tengah godek-godek timeline, tiba-tiba nampak ada dua org manusia ni bergaduh. Tapi takde lah nak mention nama. Nanti kalau mention nama dah buka aib org namanya, betul tak? Yang bergaduh ni budak darjah 6 perempuan yang jet-jet taiko macam dah jadi taiko besar lah tu kononnnya. Konon -.-

Esok kau tunggu je! Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau! Aku dapat kau, memang aku pijak-pijak muka kau sampai lunyai!

Lebih kurang macam tu lah ayat budak-budak darjah 6 sekarang yang suka sangat bergaduh. Adoi, dikk. Kau tu dah lah kecik lagi. UPSR pun belum lepas lagi tau? Apa kata adik belajar elok-elok. Gaduh-gaduh macam ni nak gimana? Takde nya pengarah filem nak ambik korg berlakon kalau dorg tengok kau buat macam tu. Sama jugalah dengan yang video gaduh pun. Director takkan ambik korg berlakon. Yang akan ambik korg polis. Aiyoo, ada mahu ka?

Sepatutnya tak perlu bawa bergaduh pun. Boleh bincang elok-elok, kan? Saja lah tu nak tarik perhatian org, konon boleh jadi HOT. Kalau nak HOT pasal benda-benda macam ni, batalkan je lah niat korg tu. HOT di dunia, HOT di akhirat! Ingat tu.

Daripada kita bawa gaduh, baik kita berkawan. Tak rugi apa-apa pun. Maybe at first korg akan rasa sakit hati and awkward untuk bertegur secara elok. But bila dah lama-lama nanti, you will get used to it. I am very sure. Sebab anis pernah lah bergaduh dengan sorg kawan ni. Waktu sekolah rendah, darjah 6 juga. Tapi gaduh biasa lah kan mulut laser. Dalam 2 hari gaduh tu, anis dengan dia dah elok balik dah.

Sampailah sekarang pun, anis dengan dia still bertegur. Dia tu lelaki, classmate anis waktu darjah 6. Now dia memang boleh jadi scientist and imam termuda lah. Hahahaha. Apa pun, aku doakan yang terbaik untuk kau ye kawan :)

Having a friend is better than having an enemy. 

To those yang suka sangat bergaduh tu, sudah-sudahlah. Do think about your parents. Mana dorg nak letak muka kalau korg senantiasa malukan dorg? Tak kisah lah muka korg tebal mana pun, setebal tilam korg tidur ke setebal kamus oxford ke. Still! You have to think about your parents. Muka dorg tak setebal muka korg, jadi kasihanilah kedua-dua ibu dan bapamu wahai anak-anak kepada mereka.



♥ Terima Kasih Daun Keladi , Like dan Follow Kalau Sudi ♥

1 Purplelicious:

sHie is Me said...

Nice.. Hmm Terkena pada entri mine ..
Hmm hmm .. thanks for sharing

Do follow mine
http://nitedreamingoflife.blogspot.com/